Resipi | KITKAT® KUIH CARA MANIS PANDAN | DearNestlé KITKAT® KUIH CARA MANIS PANDAN | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

KITKAT® KUIH CARA MANIS PANDAN

sponsor
Dibawakan oleh
KITKAT



Untuk Resepi Raya selanjutnya, sila lihat saluran KITKAT Malaysia di : https://www.youtube.com/playlist?list=PLWfFP8Fy-zNdh9Q6537GCLa1WyhVDqhy5


Waktu
penyediaan

10 min

Masa
memasak

10 min

Anggaran
hidangan

30 keping

Tahap
kesukaran resipi

2

Maklumat Pemakanan (1 Keping)

122kcal
Protein
2.7g
Karb
16.4g
Lemak
5.1g
Recipes

Bahan-bahan

RAMUAN KUIH CARA MANIS

  • 3 sudu kecil Ekstrak pandan
  • 470ml Air
  • 200ml Santan
  • 2 biji Telur
  • 380g Tepung gandum
  • 1 sudu kecil Garam
  • 2 sudu besar Gula

RAMUAN KITKAT® GANACHE

  • 50ml Krim pekat
  • 6 batang KITKAT® (dicincang halus)
  • 180g Butang coklat

RAMUAN LAIN

  • 20g Kelapa parut
  • 4 batang KITKAT® (dipotong kiub)
ad space
Recipes

Cara penyediaan

UNTUK KITKAT® GANACHE

  1. Masukkan krim, butang coklat dan KITKAT® ke dalam periuk sederhana. Didihkan dengan api kecil.
  2. Setelah mendidih, angkat dari api dan terus kacau hingga larut. Ketepikan.

UNTUK KITKAT® KUIH CARA MANIS

  1. Masukkan telur, santan, tepung serbaguna, garam, gula dan ekstrak pandan ke dalam mangkuk. Gaul rata hingga sebati.
  2. Tapiskan adunan untuk mendapatkan tekstur yang halus.
  3. Panaskan acuan Kuih Bahulu pada suhu sederhana dan sapukan lapisan minyak nipis pada acuan menggunakan berus.
  4. Isikan acuan dengan campuran dan masak selama 10 minit.
  5. Lapiskan permukaan kuih dengan ganache dan gabungkan dengan kuih yang lain.
  6. Taburkan sedikit KITKAT® ganache pada kuih dan letakkan 1 KITKAT® (dipotong kiub) diatasnya.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI