Resipi | KITKAT® NESTUM Biskut Cawan | DearNestlé KITKAT® NESTUM Biskut Cawan | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

KITKAT® NESTUM Biskut Cawan

sponsor
Dibawakan oleh
KITKAT



Untuk Resepi Raya selanjutnya, sila lihat saluran KITKAT Malaysia di : https://www.youtube.com/playlist?list=PLWfFP8Fy-zNdh9Q6537GCLa1WyhVDqhy5


Waktu
penyediaan

10 min

Masa
memasak

15 min

Anggaran
hidangan

30 biskut

Tahap
kesukaran resipi

2

Maklumat Pemakanan (1 Ketul)

155kcal
Protein
2.1g
Karb
15.7g
Lemak
9.3g
Recipes

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk Biskut Cawan Nestum

  • 100g Tepung Serba Guna
  • 25g Tepung Jagung
  • 50g Gula Aising
  • ¼ sudu kecil Garam (1.25g)
  • 125g Mentega masin yang sejuk (dipotong kiub)
  • 100g Nestlé Nestum
  • 1 biji Telur (dipukul)

Bahan-bahan untuk KitKat® Ganache

  • 6 jari KITKAT® (dipotong kecil)
  • 100g Coklat Cip Butang
  • 3 sudu kecil Nescafé Gold Granules (15g)
  • 100ml Krim Pekat

RAMUAN HIASAN

  • 20g Nestlé Nestum
  • 4 jari KITKAT® (dipotong)
  • 100g Whipping Krim
ad space
Recipes

Cara penyediaan

Langkah-langkah penyediaan KitKat® Ganache

  1. Masukkan krim pekat, coklat cip butang dan KITKAT® (dipotong kecil) ke dalam periuk. Didihkan dengan api kecil.
  2. Setelah mendidih, asingkan dari api dan tambah serbuk Nescafé Gold Granules. Ketepikan.

Langkah-langkah penyediaan Biskut Cawan Nestum

  1. Ayakkan tepung serbaguna, tepung jagung dan gula aising ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan garam dan gaul rata. Tambahkan mentega sejuk ke dalam adunan.
  2. Masukkan Nestlé Nestum dan telur ke dalam adunan dan kacau sehingga digabungkan menjadi doh.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan tart mini dengan diameter 5 cm. Tekan sehingga padat.
  4. Masukkan tart ke dalam oven dan masakkan pada suhu 160 ℃ selama 30 minit. Selepas 30 minit, biarkan di dalam oven selama 10 minit sebelum mengeluarkannya dari oven.
  5. Tuangkan ganache di tengah kuih Nestum yang telah disejukkan dan ratakan ganache.
  6. Hiaskan kuih dengan Whipping krim, KITKAT® (dipotong) dan Nestlé Nestum.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI