Resipi | KITKAT® KUIH KETAYAP | DearNestlé KITKAT® KUIH KETAYAP | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

KITKAT® KUIH KETAYAP

sponsor
Dibawakan oleh
KITKAT



Untuk Resepi Raya selanjutnya, sila lihat saluran KITKAT Malaysia di : https://www.youtube.com/playlist?list=PLWfFP8Fy-zNdh9Q6537GCLa1WyhVDqhy5


Waktu
penyediaan

10 min

Masa
memasak

20 min

Anggaran
hidangan

8 keping

Tahap
kesukaran resipi

1

Maklumat Pemakanan (1 Keping)

217kcal
Protein
4.7g
Karb
26.4g
Lemak
10.2g
Recipes

Bahan-bahan

RAMUAN KREP PANDAN

  • 120g Tepung gandum
  • 1 biji Telur
  • 100g Santan
  • 100g NESTLÉ® JUST MILKTM Lemak Rendah
  • ¼ sudu kecil Garam
  • 100g Jus pandan

RAMUAN INTI

  • 100g Gula Melaka (dicincang kecil)
  • 4 batang KITKAT® (dicincang halus)
  • 200ml Air
  • 100g Kelapa parut
  • 1 sudu besar Tepung jagung
ad space
Recipes

Cara penyediaan

UNTUK INTI

  1. Masukkan Gula Melaka dan air ke dalam periuk. Masak pada suhu sederhana sehingga larut.
  2. Tambahkan kelapa parut dan tepung jagung. Terus memasak selama beberapa minit.
  3. Pindahkan inti yang siap dimasak ke mangkuk kecil. Ketepikan.

UNTUK KITKAT® KUIH KETAYAP

  1. Tapiskan tepung ke dalam mangkuk yang lain. Buatkan lubang di tengah tepung dan pecahkan telur. Gaul sehingga sebati.
  2. Dengan perlahan, masukkan garam, santan, susu dan jus pandan ke dalam adunan. Gaul sehingga sebati.
  3. Panaskan kuali leper, lebih kurang saiz 25cm, pada suhu rendah dan griskan kuali dengan sedikit minyak.
  4. Masukkan 1 senduk adunan di tengah kuali dan pusingkan untuk melapisi seluruh permukaan kuali, membentuk lapisan krep nipis.
  5. Pindahkan krep nipis ke permukaan rata. Masukkan 2 sudu kecil inti dan taburkan sedikit KITKAT® (cincang halus).
  6. Hiaskan kuih dengan Whipping krim, KITKAT® (dipotong) dan Nestlé Nestum.
  7. Gulungkan krep seperti popiah dan siap untuk dihidangkan.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI