Resipi | KITKAT® BISKUT MENTEGA | DearNestlé KITKAT® BISKUT MENTEGA | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

KITKAT® BISKUT MENTEGA

sponsor
Dibawakan oleh
KITKAT



Untuk Resepi selanjutnya, sila lihat saluran KITKAT Malaysia di : https://www.youtube.com/playlist?list=PLWfFP8Fy-zNdh9Q6537GCLa1WyhVDqhy5


Waktu
penyediaan

10 min

Masa
memasak

15 min

Anggaran
hidangan

30 biskut

Tahap
kesukaran resipi

2

Maklumat Pemakanan (1 Biskut)

99kcal
Protein
0.9g
Karb
10.6g
Lemak
2.3g
Recipes

Bahan-bahan

RAMUAN BISKUT MENTEGA

  • 150g Mentega (suhu bilik)
  • 30g Gula Aising
  • 125g Tepung gandum
  • 1 sudu kecil Ekstrak vanila

RAMUAN KITKAT® GANACHE

  • 6 batang KITKAT® (dicincang halus)
  • 200g Butang coklat
  • 3 sudu besar Serbuk Nescafé® Gold

RAMUAN HIASAN

  • 20g Kelapa parut
ad space
Recipes

Cara penyediaan

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN KITKAT® GANACHE

  1. Cairkan KITKAT®, butang coklat dan serbuk Nescafé® Gold dengan suhu sederhana sehingga menjadi tekstur halus dan lembut.

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN KITKAT® BISKUT MENTEGA

  1. Sediakan 2 dulang dengan kertas minyak baking.
  2. Masukkan mentega ke dalam mangkuk dan gaul sehingga berkrim dengan mesin pengadun.
  3. Masukkan gula aising dan ekstrak vanila, terus menggaul selama 12 minit sehingga adunan menjadi putih dan berkrim.
  4. Masukkan tepung dan gaul dengan spatula sehingga sebati
  5. Pindahkan adunan ke dalam beg pipa.
  6. Paip aduan berbentuk biskut mengikuti kreativiti sendiri ke atas dulang yang disediakan.
  7. Bakar pada suhu 160˚C selama 15 minit atau sehingga asas biskut berwarma coklat.
  8. Celupkan setiap biskut ke dalam ganache (suam), salutkan ganache separuh biskut sahaja.
  9. Hiaskan biskut dengan kelapa parut.
  10. Biarkan sehingga sejuk dan siap untuk dihidang.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI