Resipi | Gulab Jamun dengan Nestlé Everyday® | DearNestlé Gulab Jamun dengan Nestlé Everyday® | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Gulab Jamun dengan Nestlé Everyday®

sponsor
Dibawakan oleh
NESTLÉ EVERYDAY




Masa Penyediaan

20 mins

Masa Memasak

30 mins

Hidangan

14 Keping

Maklumat Nutrisi setiap hidangan

180kcal
Protein
1.5g
Carb
36g
Fat
3.2g
Recipes

Bahan-bahan

  • Air Gula
  • Gula (2 cawan)
  • Air (2 cawan)
  • Buah Pelaga (2)
  • Air Lemon (1 sudu teh)
  • Air Rose (1 sudu teh)
  • Saffron (1/4 sudu teh)
  • Jamun
  • Serbuk Susu Nestlé Everyday® (3/4 cawan/100 gram)
  • Tepung Biasa (1/2 cawan /60 gram)
  • Serbuk Penaik (1/2 sudu teh)
  • Ghee (2 sudu biasa)
  • Susu Nestlé Everyday® (Untuk uli)
  • Ghee (Untuk goreng)
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Didalam mangkuk, campurkan 3/4 cawan serbuk susu Nestlé Everyday®, 1/2 cawan tepung serbaguna dan 1/2 sudu teh serbuk penaik dan gaulkan sehingga sebati.
  2. Tambahkan 2 sudu biasa ghee dan gaulkan sehingga tepung menjadi lembap.
  3. Tambahkan susu Nestlé Everyday® (sudah dicampur dengan air) seperti yang diperlukan sehingga menjadi lembut. Tidak perlu menguli.
  4. Tutup adunan dan biarkan berehat selama 10 minit.
  5. Sediakan air gula dengan mencampurkan 2 cawan gula, 2 cawan air, 2 cardamom dan 1/4 sudu teh saffron.
  6. Gaul sehingga sebati dan rebus selama 5 minit atau sehingga air gula menjadi melekit.
  7. Matikan api dan tambah 1 sudu teh jus lemon dan 1 sudu teh air rose.
  8. Tutup dan letakkan air gula di tepi.
  9. Setelah rehatkan adunan selama 10 minit, uli dan bulatkan adunan menjadi jamun bersaiz bola kecil.
  10. Goreng dalam minyak panas sederhana atau minyak sapi. Menggoreng dalam minyak sapi boleh memberikan rasa yang baik kepada jamun.
  11. Kacau secara berterusan dan goreng pada api yang rendah. Goreng sehingga jamun bertukar kuning keemasan.
  12. Tapis dan pindahkan jamun ke dalam air gula yang panas.
  13. Tutup dan biarkan selama 2 jam atau sehingga jamun menyerap air gula dan saiznya berganda.
  14. Sedia untuk dihidangkan.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI