Resipi | Biskut Semperit Susu | DearNestlé Biskut Semperit Susu | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Biskut Semperit Susu

sponsor
Dibawakan oleh
NESTLÉ EVERYDAY




Masa Penyediaan

1 jam

Masa Memasak

20 min

Saiz Hidangan

45 biskut

Energy (kcal)

90kcal
Protein
1.9g
Karb
11.2g
Lemak
4.2g
Recipes

Bahan-bahan

  • 150g majerin
  • 140g tepung gandum
  • 70g gula aising
  • 65g tepung jagung
  • 8 sudu besar Susu Tepung Everyday + 60ml air (campurkan jadi pes)
  • 60g Nestum All Family Cereal (dikisar halus)
  • 1 biji telur kuning
  • 6 biji ceri merah untuk hiasan (dipotong menjadi kecil)
  • *Tambahan Nestum All Family Cereal Original untuk hiasan
ad space
Recipes

Cara Penyediaan

  1. Kacau majerin dan gula aising sehingga sebati. Tambahkan telur kuning dan kacau sebati.
  2. Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Kemudian masukkan Susu tepung Everyday dan Nestum yang dikisar halus.
  3. Bentukkan adunan menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh selama 20 minit.
  4. Masukkan doh dalam acuan biskut semperit dan terap doh mengikut bunga dahlia. Taburkan dengan Nestum dan ceri merah yang dipotong.
  5. Bakar pada suhu 165°C selama 20 minit.
  6. Keluarkan dan biarkan sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI