Resipi | Biskut Butter Curry EVERYDAY® | DearNestlé Biskut Butter Curry EVERYDAY® | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Biskut Butter Curry EVERYDAY®

sponsor
Dibawakan oleh
NESTLÉ EVERYDAY




Masa Penyediaan

30 min

Masa Memasak

30 min

Saiz Hidangan

30 keping

Energy (kcal)

81kcal
Protein
0.7g
Karb
5.1g
Lemak
7.4g
Recipes

Bahan-bahan

  • 200g mentega bergaram (suhu bilik)
  • 60g gula aising (ditapis)
  • Tepung gandum 140g (ditapis)
  • Tepung jagung 45g
  • 2 sudu teh Serbuk Susu Everyday
  • 2 sudu besar daun kari (dicincang halus)

Perisa kari:

  • 1 sudu teh serbuk kari (daging)
  • 1/4 sudu teh Serbuk bawang putih
  • 1/4 sudu teh serbuk halia
  • 1/4 sudu teh serbuk bawang
  • 1/2 sudu teh Pes cili
  • Secubit besar serbuk ketumbar
ad space
Recipes

Cara Penyediaan

  1. Pukul mentega dan gula aising sehingga gebu.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk susu Everyday dan perisa kari.
  3. Dengan spatula, perlahan-lahan gabungkan semua bahan. Kemudian masukkan daun kari dan campur sebati.
  4. Letakkan adunan lembut ke dalam beg piping dengan nozel lebar bentuk rosette.
  5. Paip satu kuntum bunga pada kertas pembakar. Ulangi untuk adunan yang lain. Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan 170°C selama 25 minit. Jika anda lebih suka warna biskut lebih gelap atau lebih cerah, anda boleh tambah atau kurang 5 minit kepada masa membakar.
  6. Keluarkan dan biarkan sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI