½ cawan Nestlé EVERYDAY Milk Powder + ½ cawan air panas
2 sudu besar minyak kelapa
1 timun kuning (dihiris menjadi saiz ½ inci)
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil biji jintan
1 bawang (dicincang halus)
2 ulas bawang putih
1 cili hijau
1 batang daun kari
1 cawan tomato cincang
½ sudu teh serbuk kunyit
2 sudu kecil serbuk cili kashmiri (sesuaikan mengikut citarasa)
½ sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil garam masala
1 cawan air
¼ cawan daun ketumbar dicincang
Garam
Cara penyediaan
Panaskan minyak kelapa dalam periuk.
Setelah minyak menjadi panas, tambah biji sawi dan biji jintan.
Masukkan bawang putih, bawang merah yang dihiris dan tumis selama beberapa minit sehingga mejadi lutsinar.
Seterusnya, tumiskan cili hijau dan daun kari.
Masukkan tomato cincang, tutup periuk, dan reneh pada api yang rendah sehingga tomato menjadi lembut.
Seterusnya, masukkan serbuk kunyit, serbuk cili merah Kashmir, serbuk ketumbar dan serbuk garam masala.
Seterusnya, kacau kepingan timun dan goreng selama 2 minit. Tuangkan air, tutupkan periuk dan masak dalam api yang sangat rendah sehingga timun menjadi lembut.
Untuk konsistensi berkrim, tuangkan susu tepung Nestlé EVERYDAY ke dalam kari untuk memekatkan tekstur sedikit.
Masukkan garam dan apabila anda mendapat konsistensi yang diingini dalam kari, matikan api dan tambah daun ketumbar.
Hidangkan kari timun yang panas barsama sepinggan nasi.