Resipi | Cucur Udang NESTUM | DearNestlé Cucur Udang NESTUM | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Cucur Udang NESTUM

sponsor
Dibawakan oleh
NESTUM



Hidangan petang yang ringkas tetapi lazat ini memang sedap dimakan dengan sos cili.


Masa Penyediaan

10 mins

Masa Memasak

5 mins

Hidangan

4 orang

Maklumat Nutrisi setiap hidangan

165kcal
Protein
2g
Karbo
18g
Lemak
9g
Recipes

Bahan-bahan

  • 170 g tepung
  • 1 sudu teh rata serbuk penaik
  • 30 g NESTUM® All Family Cereal Originals
  • ½ sudu teh garam
  • 25 tangkai (anggaran 30g) kucai, potong 2 sm panjang
  • 200 g udang tanpa kulit saiz sederhana
  • 180 ml air
  • Minyak untuk menggoreng

Sos Cili

  • ½ cawan sos cili MAGGI®
  • 3 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar air panas
  • 1 helai daun kunyit, siat halus
  • 2 ulas bawang putih, tumbuk halus
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Ayak tepung bersama serbuk penaik dalam mangkuk adunan. Masukkan NESTUM®, garam dan kucai, kacau. Tambah air dan kacau lagi sehingga bater menjadi pekat.
  2. Masukkan minyak anggaran 4sm dalam periuk, letak atas api sederhana. Kemudian, rendam senduk tangkai panjang di dalam minyak itu selama 3-5 minit sebelum menyudu bater ke dalamnya, isi anggaran ¾ penuh. Letak udang di atas dan segera masukkan senduk ke dalam minyak panas. Tunggu sehingga bahagian tepi bater garing sebelum dicungkil keluar menggunakan hujung mata pisau. Biarkan jemput-jemput di dalam minyak panas sehingga perang keemasan. Angkat dan sejat dalam bakul dawai.
  3. Hidang semasa jemput-jemput masih suam bersama sos cili (yang dibancuh menggunakan bahan-bahan seperti di atas dalam mangkuk kecil)

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI