Resipi | Makaroni Berkrim NESTLÉ EVERYDAY | DearNestlé Makaroni Berkrim NESTLÉ EVERYDAY | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Makaroni Berkrim NESTLÉ EVERYDAY

sponsor
Dibawakan oleh
NESTLÉ EVERYDAY




Masa Penyediaan

15 min

Masa Memasak

20 min

Hidangan

5 orang

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

487kcal
Protein
19.2g
Karb
63.5g
Lemak
17.4g
Recipes

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar minyak sayuran
  • 1/2 biji bawang putih (dihiris halus)
  • 500ml air
  • 5 keping keju cheddar rendah lemak (atau 1 cawan keju cheddar parut rendah lemak)
  • 3 sudu besar keju Parmesan parut
  • 1/4 sudu kecil garam
  • Lada hitam secukup rasa
  • 1 sudu kecil perasa stok ayam MAGGI
  • 300g makaroni (masak mengikut arahan pakej)
  • Roux (2 sudu besar mentega + 1 sudu besar susu rendah lemak + 3 sudu besar tepung, dicampur bersama)
  • 100g susu tepung EVERYDAY
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak dalam kuali yang dalam dan tumis bawang. Setelah wangi dan lut sinar, tuangkan air dan biarkan sehingga mendidih ringan.
  2. Masukkan hirisan keju dan keju parmesan ke dalam kuali dan kacau sehingga ia cair.
  3. Perasakan dengan garam, lada hitam dan perasa stok ayam MAGGI.
  4. Kemudian, masukkan makaroni yang telah dimasak dan masak selama 1 minit. Pekat dengan roux kepada konsistensi yang diingini dan keluarkan dari api. Tambah susu tepung EVERYDAY dan gaul rata.
  5. Hiaskan dengan pasli cincang, sayur-sayuran pilihan anda (cth. kiub lobak merah dan kacang hijau) & hidangkan panas.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI