Hidangan lengkap dalam satu mangkuk. Lebih nutrisi dan berkrim dengan tambahan NESTUM® All Family Cereal Original.
Masa Penyediaan
10 mins
Masa Memasak
40 mins
Hidangan
6 orang
Maklumat Nutrisi setiap hidangan
304kcal
Protein
13g
Karbo
36g
Lemak
12g
Bahan-bahan
1 cawan (200g) beras
1 sudu besar Minyak Masak
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
20 g halia, diparut nipis
100 g daging, potong 1 sm kiub
100 g paha ayam tanpa tulang, potong 1 sm kiub
100 g udang tanpa kulit, seekor atau potong kiub anggaran 1 sm
125 ml (1/2 cawan) santan pekat
60 g NESTUM® All Family Cereal Original
10 helai daun kaduk, siat halus
1 helai daun kunyit, siat halus
Garam untuk perasa
Tambahan NESTUM® All Family Cereal Original untuk ditabur atas bubur
Cara penyediaan
Basuh beras bersih. Masukkan anggaran 2 liter air, tanak dan biarkan mereneh selama 30 minit atau sehingga beras menjadi bubur yang lembut berkrim dan pekat.
Sementara memasak bubur, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, cengkih dan lada beberapa saat sehingga terbit bau. Masukkan halia dan bawang putih dan goreng sehingga perang keemasan sebelum masukkan daging dan ayam.
Kemudian masukkan ke dalam bubur dan terus kacau dan biarkan di atas api rendah. Jika bubur terlalu pekat, masukkan lagi 500 ml air.
Akhir sekali, masukkan udang, santan dan NESTUM®. Kacau. Apabila bubur mendidih semula, tambah daun-daun herba dan masak lagi selama 5 minit. Perasakan dengan garam dan angkat. Hidang semasa panas, tabur sesudu NESTUM® dalam setiap hidangan.