/ Resipi / Biskut Susu Nestlé Everyday® Tanpa Telur
Biskut Susu Nestlé Everyday® Tanpa Telur
Dibawakan oleh
NESTLÉ EVERYDAY
Masa Penyediaan
30 min
Masa Memasak
15 min
Saiz Hidangan
16 keping
Maklumat Nutrisi setiap hidangan
92kcal
Protein
1g
Carb
8.9g
Fat
5.8g
Bahan-bahan
Tepung Serbaguna (1/2 cawan)
Serbuk Gula (1/2 cawan)
Serbuk Susu Nestlé Everyday® (1/2 cawan)
Mentega (1/2 cawan lembutkan/100gms)
Taburan warna “Colour sprinkles”
Cara penyediaan
Campurkan mentega dan serbuk gula di dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
Tambahkan serbuk susu Nestlé Everyday® dan kacau rata.
Tambahkan tepung serbaguna dan uli selama 2-3 minit sehingga adunan menjadi lembut.
Ambil dulang pembakar dan lapikkan dengan kertas minyak. Gris dengan mentega. Bulatkan adunan menjadi bulat kecil dan susunkan diatas dulang pembakar. Ratakannya ke dalam bentuk biskut.
Taburkan taburan warna “colour sprinkles” ditengah biskut.