Resipi | Biskut Semperit NESTUM | DearNestlé Biskut Semperit NESTUM | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Biskut Semperit NESTUM

sponsor
Dibawakan oleh
NESTUM



Semperit moden – biskut tradisional kegemaran ramai yang diberi wajah baru tetapi masih mengekalkan keindahan warisan. 


Masa Penyediaan

10 mins

Masa Memasak

18 mins

Hidangan

60 keping

Maklumat Nutrisi (1 hidangan)

165kcal
Protein
2g
Karbo
18g
Lemak
9g
Recipes

Bahan-bahan

  • 80 g tepung gandum
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • 40 g tepung kastard
  • 60 g tepung jagung
  • 60 g NESTUM
  • 40 g kismis
  • 100 g kacang (badam, walnat dan gajus) tumbuk kasar
  • 100 g cip coklat (pilihan)
  • 160 g mentega
  • 80 g gula ising
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • ½ sudu teh esen vanila
  • ¼ cawan NESTUM
ad space
Recipes

Cara penyediaan

  1. Ayak tepung, serbuk penaik, tepung kastard dan tepung jagung. Masukkan NESTUM, kismis, kacang dan cip coklat (jika guna). Ketepikan.
  2. Pukul mentega, gula ising, telur kuning, susu pekat manis dan vanila sehingga gebu. Masukkan bahan-bahan kering tadi dan gaul sebati.
  3. Ceduk sesudu adunan semperit dan susun dalam dulang pembakar yang telah digris mentega dengan anggaran jarak 3 cm.
  4. Tabur bahagian atasnya dengan NESTUM dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 15 – 18 minit atau sehingga warna biskut berubah sedikit dan ranggup.
  5. Sejukkan di atas rak dawai sebelum disimpan.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang sebagai ahli Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI