Salmon Panggang dengan Salad | Dear Nestlé Langkau ke kandungan utama

Salmon Panggang dengan Salad

Di bawa oleh
MAGGI®



Gabungan ikan salmon yang dipanggan dengan salad pastinya menyajikan hidangan yang bukan sahaja sihat, malah mudah lagi lazat! Pastinya menceriakan hari anda!


Masa penyediaan

10 min

Masa memasak

10 min

Hidangan

2 orang

Maklumat Nutrisi setiap hidangan

325 Kcal
Protein
7g
Karbo
63g
Lemak
5g
Recipes

Bahan-Bahan

  • 2 sudu kecil minyak jagung
  • 500 g filet salmon
  • 2 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 3 sudu besar air
  • 100 g timun. dihiris
  • 200 g salad
  • 2 oren dikupas kuli dan dipotong berbaji/li>
  • 100 g tomato, dihiris
  • 1 bawang merah, dihiris

Untuk Kuah

  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 1 bawang merah, dicincang
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 cili padi, dicincang
  • lebihan jus salmon panggang
Recipes

Cara- Cara

  1. Mula-mula gabungkan Sos Tiram MAGGI®, serbuk cili, bawang putih dan air dalam mangkuk kecil. Kemudian, tuangkan ke atas filet salmon dan perapkan sehingga sebati dan rata. Biarkan selama semalaman.
  2. Bila salmon sudah diperap, letakkan minyak pada kuali atau pemanggang, panggang ikan selama 5 minit pada setiap sisi. Ketepikannya.
  3. Tapis lebihan jus daripada salmon yang dipanggang dan ketepikannya
  4. Kemudian, gabungkan timun, salad, tomato, oren dan bawang dalam mangkuk. Biarkan sebentar.
  5. Sediakan kuah dalam mangkuk yang lain, campurkan minyak zaitun, jus lemon, bawang merah, bawang putih, cili padi dan jus lebihan salmon panggang untuk lebih rasa.
  6. Letakkan salmon di atas salad dan renjiskan kuah, hidangkan serta-merta.

Suka resipi ini?

Daftar sekarang untuk menerima beg goodie Dear Nestlé!

Tertakluk pada Terma & Syarat*

TEKAN SINI