Petua Kotak Bento Musim Cuti Untuk Anda
Kotak bento sangat sesuai untuk dibawa bersama ketika berkelah, berjalan-jalan mahupun untuk aktiviti cuti anak anda. Tahukah anda, menghidangkan makanan sihat dengan cara yang menarik bersama-sama dengan anak anda boleh membantu memupuk tabiat makan yang sihat? Cubalah idea-idea ini untuk menyediakan makanan berkhasiat yang ringkas di rumah. Ini juga peluang baik untuk menyerlahkan kreativiti terpendam anak-anak anda!
1. Sebelum mula, berikut merupakan beberapa peralatan asas:







2. Apakah isi kotak bento?
Ikuti panduan #SukuSukuSeparuh untuk membantu membekalkan tenaga dan nutrien yang anak anda perlukan. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan tangan anak anda untuk menganggarkan saiz makanan.



3. Petua berguna
- Pilih pelbagai warna dan tekstur untuk hidangan yang lebih menarik
- Asingkan makanan menggunakan cawan/pembahagi silikon atau pemisah yang boleh dimakan, seperti daun salad, timun atau lobak merah
- Pek makanan dengan mampat dan gunakan bahan yang kecil (seperti tomato ceri atau brokoli kukus) untuk mengisi ruang kecil dan mengelakkan makanan daripada bergerak dalam kotak bento
- Pilih sayur-sayuran yang tidak mudah layu (seperti tomato ceri, lobak merah, brokoli, timun)
- Makanan yang tidak boleh dimakan mentah (seperti daging/ikan/ telur) mesti dimasak sepenuhnya. Pastikan makanan yang telah dimasak adalah dalam keadaan suhu bilik sebelum diatur dalam kotak bento.
Teroka resipi bento di SINI!
Reference:
- J. Haines et al. Nurturing Children's Healthy Eating: Position statement. Appetite 137 (2019) 124–133
- Guide to Healthy Eating & Active Living, Volume 1, Nutrition Month Malaysia 2019
- https://www.justonecookbook.com/how-to-make-bento/
- http://www.basictokyo.com/top10mustknowbentotips/
- https://thenewageparents.com/4-simple-steps-to-bento-making/
- https://www.milo.com.my/nourishing-goodness/bento-box