Cara Untuk Sediakan Hidangan Kuih Raya

10 May 2021Kongsikan artikel ini

Hari Raya makin dekat. Bagaimana dengan persediaan anda? Tak lengkap rasanya beraya tanpa kuih-muih tradisional, pencuci mulut, dan biskut raya.

Namun, dalam keseronokan untuk mencuba pelbagai resipi jangan lupa untuk pilih kaedah memasak dan ramuan yang lebih sihat. Cubalah tip-tip berikut untuk kudapan yang enak lagi berkhasiat. Tip-tip ni diluluskan oleh Pakar Nutrisi kami!

  • Tip 1: Lagi kurang, lagi elok!

    Kebanyakan resipi kuih dan biskut, baik moden atau tradisional, memang memerlukan gula. Cuba gantikan penggunaan gula dengan bahan seperti kurma, prun atau kismis yang memberi kemanisan semula jadi. Contohnya resipi Bar Nenas Kelapa NESTLÉ® Cornflakes yang rangup ini.

    cornflakes

  • Tip 2: Pilihan di tangan anda!

    Kebanyakan resipi tradisional seperti kerepek, rempeyek, dan popia simpul disediakan dengan cara menggoreng, namun anda boleh cuba cara penyediaan lain yang lebih sihat seperti membakar dalam ‘oven’ atau gunakan  ‘air fryer’. Resipi Popia NESTUM® Rangup Original ini contohnya, hanya perlu dibakar dalam di dalam ketuhar selama 15 minit sahaja.

     

    popia rangup

    reg banner 2

  • Tip 3:Guna bahan semula jadi dengan kreatif

     

    Antara tarikan kuih raya termasuklah penampilannya. Biskut Lidah Kucing Pelangi misalnya, menggabungkan pelbagai warna dan rasa. Cubalah pewarna atau perisa asli seperti warna merah daripada buah naga dan perisa jagung dari jagung rebus. Jom cuba resipi Kuih Pandan KITKAT® ini; rasanya hebat, warna hijaunya pula dari daun pandan!

    kitkat_pandan

  • Tip 4: Serat, serat, dan serat!

    Gantikan atau campur tepung gandum biasa dengan tepung gandum penuh untuk kandungan serat dan khasiat yang lebih tinggi.

    tepung

  • Tip 5: Hiasan juga penuh khasiat!

    Tambah khasiat pada biskut raya dengan hirisan atau potongan buah-buahan kering seperti kurma dan prun, atau kekacang seperti gajus dan badam yang lebih sihat berbanding ‘chocolate rice’ atau ‘hundreds and thousands’. Cubalah resipi Biskut Tomato & Herba NESTLÉ® Cornflakes; ia menggabungkan tomato kering dan pelbagai jenis herba sebagai hiasan.

    tomato