Jadikan Hidangan Raya Kegemaran Anda Lebih Berkhasiat

9 May 2021Kongsikan artikel ini

Teruja untuk menikmati semua hidangan Raya yang lazat tapi bimbangkan jumlah kalori? Ikuti pendekatan yang mungkin berbeza namun lebih berkhasiat untuk menyediakan hidangan Raya anda tahun ini. Yang penting, dapat mengelakkan diri dan yang tersayang daripada pengambilan lemak, gula, garam, dan minyak secara berlebihan. Lihat tip-tip ini untuk hidangan Raya yang enak dan penuh zat:

  1. Rendang & Kari:

    Untuk rendang dan kari, gantikan santan dengan susu rendah lemak atau yogurt rendah lemak. Anda juga boleh membuang kulit dan memotong lemak pada ayam/kambing/daging lembu. Cubalah Ayam Kapitan NESTUM® ini. Ia sesuai dipadankan dengan Nasi Kunyit (Nasi Kunyit Kuning) dan ketupat.

    kapitan chicken

    Klik untuk resipi penuh.

  2. Soto:

    Sekiranya soto merupakan salah satu hidangan wajib anda, lebihkan dan pelbagaikan sayur-sayuran (taugeh, kacang panjang, dan sebagainya) Jangan pula mengambil nasi impit secara berlebihan.

  3. Hidangan sampingan seperti sayur-sayuran:

    Seimbangkan hidangan karbohidrat anda dengan sayur-sayuran seperti timun, ulam-ulaman, dan bawang merah. Buat Nasi Ulam Ayam Percik anda sendiri sebagai hidangan utama yang lebih berkhasiat.

    nasi ulam

    Klik untuk resipi penuh.
     

    banner reg

     

  4. Hidangan berasaskan nasi (seperti nasi dagang, nasi kerabu):

    Pilih beras perang dan bukannya nasi putih, dan tambahkan pelbagai salad / ulam segar untuk melengkapkan hidangan. Nikmati rasa pantai timur melalui Nasi Dagang ini dengan resipi Kari Ikan Tongkol dan Acar Jelatah: 

    Nasi Dagang

    Klik untuk resipi penuh. 

  5. Pencuci Mulut:

    muffin

    Hidangkan buah segar dalam bentuk kebab. Anda juga boleh tambahkan buah segar ke dalam agar-agar, serta kurangkan jumlah gula dalam kuih atau puding. Untuk sentuhan moden kepada pencuci mulut Raya anda, cubalah Muffin Streusel Kurma Madu NESTUM® ini.

  6. Minuman

    Berlatihlah untuk bersederhana dan membuat pilihan yang bijak, walaupun di meja makan! Pilih buah segar untuk meningkatkan rasa dan warna minuman seperti buah naga, Roselle,dan sebagainya. Nikmati Kurma Susu Everyday® dan Sirap Bandung Cincau sebagai permulaan dan nikmati kesegarannya!

    kurma

    sirap

Menyediakan hidangan berkhasiat sebenarnya tidaklah sukar. Yang penting, sentiasa amalkan konsep #SukuSukuSeparuh di mana separuh merupakan buah-buahan dan sayur-sayuran!

Raya memang setahun sekali, namun kesihatan yang baik untuk sepanjang hayat. Ingat, sentiasa buat pilihan yang bijak di meja makan!



Rujukan:

Makan Secara Sihat di Hari Raya, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2012

Perancangan dan Pemilihan Menu Sihat Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2013

www.healthhub.sg/live-healthy/1454/choosing-healthier-festive-foods-hari-raya-and-deepavali

Guideline: Sugars intake for adults & children, World Health Organisation, 2015