Bagaimana Kopi Anda Disediakan

Kongsikan artikel ini

Samada anda sukakan kopi O’ atau dengan susu, sejuk atau panas, menikmatinya bersama rakan dan keluarga ataupun seorang diri – kita minum sebanyak 3 bilion cawan kopi sehari di seluruh dunia. Banyak tu! Walau bagaimanapun, pengambilan kopi secara sederhana (3-5 cawan sehari) ada kelebihannya. Secara semulajadinya, kopi mengandungi antioksidan seperti polyphenol yang boleh membantu merendahkan risiko penyakit jantung.

beantocup

Pernahkah anda terfikir, bagaimana kopi dihasilkan? Jom hargai 7 langkah penyediaan kopi – dari biji kopi segar hingga ke cawan kegemaran anda.