Hidangkan Juadah Raya Versi Sihat di Rumah Terbuka Anda

Kongsikan artikel ini

Teruja nak nikmati semua juadah raya yang lazat, tapi risau tak dapat kawal selera dan nafsu makan anda? Ambil pendekatan yang sihat apabila menyediakan juadah-juadah enak tahun ini dan elakkan kalori berlebihan! Jom amalkan petua-petua mudah ini untuk hidangan raya yang berkhasiat:

  1. Rendang:

    Ayam rendang

    Ganti santan dengan susu rendah lemak atau yogurt rendah lemak
    Buang bahagian kulit dan lemak dari ayam / kambing / daging lembu
    Cuba resipi Rendang Ayam Yogurt ini: https://www.dearnestle.com.my/recipe/yogurt-chicken-rendang

  2. Lontong:

    Lontong

    Ganti santan dengan susu rendah lemak
    Lebihkan sayur-sayuran (kubis, kacang panjang, lobak merah, dan lain-lain)
    Kurangkan kuantiti nasi impit

  3. Sate:

    Satay

    Guna potongan daging yang kurang lemak
    Buang bahagian kulit dan lemak dari ayam / kambing / daging lembu
    Hidang dengan timun dan bawang merah mentah
    Buat Satay Ayam Goreng sendiri: https://www.dearnestle.com.my/recipe/fried-chicken-satay

  4. Hidangan berasaskan nasi (contoh: nasi dagang, nasi kerabu):

    Nasi Dagang

    Ganti beras putih dengan beras perang
    Tambah pelbagai salad segar / ulam
    Nikmati rasa pantai timur melalui resipi Nasi Dagang dengan Kari Ikan Tongkol dan Acar Jelatah ini: https://www.dearnestle.com.my/recipe/nasi-dagang-dengan-kari-ikan-tongkol-dan-acar-jelatah

  5. Roti Jala & Kari Ayam:

    Roti jala

    Buang bahagian kulit dan lemak dari ayam
    Ganti santan dengan yogurt rendah lemak
    Tingkatkan serat makanan dengan menambah sayuran atau kekacang/dhal dalam kari
    Mesti cuba resipi Roti Jala Kelantan ini: https://www.dearnestle.com.my/recipe/quick-kelantanese-net-crepe-roti-jala

  6. Pencuci Mulut:

    desert

    Hidang buah segar dalam bentuk stik kebab
    Masukkan buah segar dalam agar-agar
    Kurangkan kuantiti gula dalam biskut, kuih, atau puding

  7. Sirap Bandung:

    Sirap Bandung

    Kurangkan kuantiti gula, susu pekat, dan kordial
    Guna buah segar untuk rasa dan warna semula jadi (contoh: buah naga, Roselle, dan sebagainya)

Menyedia dan menyajikan juadah raya yang enak dan berkhasiat memang mudah dengan petua-petua ini! Yang penting, konsep #sukusukuseparuh dapat dipraktikkan. Ingat, separuh tu buah-buahan dan sayuran ya, bukan karbohidrat atau protein!

Rujukan:

Makan Secara Sihat di Hari Raya, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2012

Perancangan dan Pemilihan Menu Sihat Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2013

www.healthhub.sg/live-healthy/1454/choosing-healthier-festive-foods-hari-raya-and-deepavali

Guideline: Sugars intake for adults & children, World Health Organisation, 2015