7 Tip Rumah Terbuka Aidilfitri

Kongsikan artikel ini

Musim raya kini tiba lagi! Rujuk tip-tip mudah ini untuk rancang menu juadah rumah terbuka anda:

  1. #sukusukuseparuh:

    meal quarter

    Galakkan tetamu untuk amalkan konsep #sukusukuseparuh. Tak pasti bagaimana? Hanya gunakan tangan anda sebagai panduan!

    Karbohidrat - ¼ pinggan atau saiz genggaman anda
    Protein - ¼ pinggan atau saiz tapak tangan anda
    Buah-buahan dan sayur-sayuran - ½ pinggan atau saiz secekup tapak tangan anda

  2. Air:

    water

    Hidangkan air kosong atau air putih untuk tetamu dengan menyediakan stesen minuman berhampiran meja makan.

  3. Gula:

    sugar

    Sediakan gula atau susu untuk kopi atau teh secara berasingan, dan biarkan tetamu tentukan sendiri kuantiti yang diperlukan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pengambilan gula sebanyak <10% jumlah pengambilan tenaga setiap hari, bersamaan dengan 50 g atau 10 sudu teh setiap hari bagi orang dewasa.

  4. Sayur-sayuran:

    vegetables

    Pelbagaikan hidangan sayur-sayuran (yang dimasak dan mentah seperti ulam / salad) dalam menu raya anda. Mengikut konsep #sukusukuseparuh, separuh bahagian pinggan sepatutnya dipenuhi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

  5. Buah-buahan:

    fruits

    Gantikan buah-buahan dalam tin dengan yang segar sebagai pencuci mulut atau dalam koktail buah. Anda juga boleh tambahkan daun pudina dalam minuman untuk aroma dan rasa yang menyegarkan!

  6. Kacang:

    snacks

    Bagi makanan ringan, hidangkan kacang panggang atau kacang rebus dan bukannya jeruk dan gula-gula. Sekiranya anda bercadang untuk hidangkan biskut dan kuih raya, letakkannya di meja pencuci mulut yang berasingan (sebaik-baiknya yang paling jauh dari meja makan utama)! Ini secara tidak langsung dapat menghalang tetamu anda daripada menikmati makanan ringan secara berterusan!

  7. Chicken:

    ayam

    Pilih cara masakan yang sihat seperti memanggang atau membakar. Gantikan ayam goreng dengan ayam bakar atau daging panggang sebagai pilihan yang lebih sihat.

 

Rujukan:

Makan Secara Sihat di Hari Raya, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2012

Perancangan dan Pemilihan Menu Sihat Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2013

https://www.healthhub.sg/live-healthy/1454/choosing-healthier-festive-foods-hari-raya-and-deepavali

Guideline: Sugars intake for adults & children, World Health Organisation, 2015