Notis Privasi Keahlian Kelab | Dear Nestlé Skip to main content

NESTLÉ PRODUCTS SDN BHD : NOTIS PRIVASI KEAHLIAN KELAB (ONLINE)

Nama Kelab : Dear Nestlé

Notis Privasi

1. Dengan memohon untuk menjadi ahli Dear Nestlé tersebut, anda bersetuju untuk Nestlé Products Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”) dan pembekal-pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak-Pihak Ketiga Lantikan”) (secara kolektif “Nestlé” atau “kami") memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang permohonan atas talian untuk memohon keahlian Kelab tersebut. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
2. Kami juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai produk kami, perkhidmatan, sampel, menghubungi anda untuk maklum balas berkenaan produk-produk kami, kaji selidik, apa-apa promosi, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh kami.
3. Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada kami, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami.
4. Berkenaan dengan golongan bawah umur atau individu-individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan untuk bersetuju bagi pihak mereka kepada pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini.
5. Pada masa tertentu kami mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan dalam Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.
6. Kami adalah sebuah syarikat global dan maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan merentasi sempadan. Kami akan memastikan bahawa data anda hanya akan dipindahkan ke negara yang mempunyai tahap undang-undang perlindungan data yang sama atau setara, seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.
7. Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami.
Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada:
  • Hubungi: Pegawai Perlindungan Data Peribadi
  • Alamat: Nestlé Products Sdn. Bhd., 22-1, Tingkat 22, Menara Surian, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Atau Atau
8. Sila ambil perhatian bahawa kami memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses permohonan keahlian anda untuk Kelab tersebut dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda. Jika pada bila-bila masa anda ingin menarik balik (secara penuh atau sebahagian) kebenaran anda yang telah diberikan kepada kami, sila hubungi kami di butiran hubungan seperti yang dikemukakan di atas.
9. Untuk penerangan terperinci mengenai amalan privasi kami, sila rujuk kepada Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy. Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa.

Register now as a Dear Nestlé Member!

Terms & Conditions apply*

CLICK HERE